Stesen Minyak KPD, Kundasang.



Pelan Menaiktaraf Fasiliti Stesen Minyak Kundasang dari komersial Ke Retail Partner bersama Shell Timur Sdn Bhd

IMPAK :

Sistem Digital dalam urusniaga dan kewangan; kemudahan yang lengkap dan teratur (kedai, tempat air dan angin, aliran kenderaan, pam automatik)


Pusat Pengumpulan Hasil Tani KPD



OBJEKTIF:

1. Menyediakan rangkaian pemasaran untuk pemadanan perniagaan melalui Pusat-Pusat pengumpulan Hasil Tani KPD

2. Meningkatkan skala operasi dan kapasiti pengeluaran

3. Urusniaga secara digital marketing melalui Sistem KPD SMART

4. Pemadanan perniagaan


Pasar Harian KPD Tanjung Lipat



Pasar Harian Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Tanjung Lipat dan KPD Fresh Mart kini berwajah baharu setelah berpindah ke kawasan berhampiran dengan tapak sebelum ini iaitu, Kompleks Pemasaran KPD, Kota Kinabalu.

Terdapat 155 lot tapak jualan disewakan kepada 52 peniaga terdiri daripada petani dan nelayan di tapak Pasar Harian ini yang menjual pelbagai produk tani dan hasil laut.


Menaiktaraf Kilang Pemprosesan KPD



KPD sedang dalam rangka Pelan Menaiktaraf kilang-kilang pemprosesan KPD di Wilayah Utara, Pantai Barat dan Pedalaman.

IMPAK:

• Meningkatkan kapasiti pengeluaran

• Menambah nilai hasil pengeluaran

• Penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan kualiti produk


Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Tenom



MATLAMAT:

Untuk melahirkan generasi belia berkemahiran, kreatif dan inovatif.

KAEDAH PELAKSANAAN:

Kursus-kursus Yang Dilaksanakan Berdasarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

• Pengendalian Tanaman Cendawan
• Pemprosesan Makanan
• Juruteknik Tanaman
• Operasi Pengeluaran Padi
• Operasi Ladang Poltri

Pusat Latihan Belia KPD-OISCA menawarkan kursus-kursus Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia (DKM/SKM) dengan pentauliahan program oleh Skills Malaysia, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) dan OISCA International.

Kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) selama 16 bulan ialah Operasi Pengeluaran Tanaman, Penyeliaan Operasi Pengeluaran Padi, Pengendalian Tanaman Cendawan (Tanah Rendah), Pengeluaran Makanan dan Operasi Ladang Poltri.

Manakala jangkamasa kursus Eksekutif Pertanian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia 4 (DKM 4) adalah selama lapan bulan.

Kelebihan-kelebihan kursus-kursus berkenaan ialah pengiktirafan oleh kerajaan dan mengikut keperluan industri, menekankan aspek praktikal berbanding teori, berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma / Diploma Lanjutan serta pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Jepun.


Borneo Honey Bee centre



Pusat Agro-Pelancongan berasaskan industri lebah madu terletak di Sikuati Kudat.

Kompleks Borneo Honey Bee Centre ini menempatkan Kilang Pemprosesan Madu, Galeri Lebah, Pusat Jualan Cenderamata Lebah Madu, Kafe Lebah Madu, Serta Pakej lawatan ke Taman Lebah Madu dan Taman Trigona (Kelulut).